“Saya menerima jawapan dalam Parlimen mengatakan dari 2005 hingga 2015, hamper sepuluh tahun, biasiswa JPA telah diberikan kepada 13,139 pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka di luar negara. Daripada jumlah itu, hanya 976 pelajar dari Sarawak iaitu kira-kira 7.4 peratus.
“Jawapan kedua saya terima, jumlah pelajar Sarawak menerima anugerah MARA untuk tujuan sama lebih mendukacitakan. Sejak 10 tahun lalu, 20,054 pelajar diberi biasiswa MARA,” katanya.
Menurut Chong yang juga pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) daripada 20,054 itu hanya 535 pelajar dari Sarawak atau 2.7 peratus.
“Saya juga bertanya untuk pecahan kaum dalam kalangan penerima iaitu Bumiputera terdiri daripada Melayu dan Dayak tetapi tiada jawapan daripada menteri bertanggungjawab,” tegasnya.
Sarawak katanya, mempunyai populasi kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia bagaimanapun, hanya 7.4 peratus dan 2.7 peratus yang mendapat biasiswa JPA dan MARA masing-masing.
Pelajar Sarawak ujarnya, harus mendapat sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah biasiswa diberikan.
“Jika peratusan ini (10 peratus) dipatuhi kira-kira tambahan 2,000 pelajar akan menikmati peluang belajar di luar negara sejak 10 tahun lalu.
“Disebabkan peruntukan tidak adil ini, 2,000 pelajar Sarawak terlepas peluang melanjutkan pengajian di luar negara,” katanya.
Menurut Chong ia adalah satu lagi contoh diskriminasi Barisan Nasional (BN) Pusat ke atas Sarawak walaupun setiap tahun jaminan dan janji diberikan untuk membangunkan negeri ini lebih-lebih lagi semasa pembentangan bajet.
“Satu lagi soalan penting yang mesti ditanya oleh rakyat Sarawak: Kita ada wakil rakyat Sarawak dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap JPA. Kenapa ‘beliau’ membenarkan diskriminasi ini terus berlaku? soal Chong yang juga ADUN Kota Sentosa.

Post a Comment