KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pas tidak akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap Bajet 2016.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya bajet itu ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat termasuk gaji kakitangan awam yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu.
Beliau seterusnya mempersoalkan pembangkang sekiranya mereka mendapat cukup sokongan untuk menang usul tersebut, apakah yang akan berlaku selepas ‘kejayaan’ itu?
Jelas beliau, pengalaman di Amerika Syarikat (AS) perlu diambil kira apabila berlaku government shutdown selepas bajet yang dibentangkan Presidennya, Barack Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta menyebabkan 800,000 kakitangan kerajaan negara itu terpaksa mengambil cuti.
Dalam masa sama, 1.3 juta juta orang lagi terpaksa melaporkan diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bilakah gaji mereka akan dibayar.
“Akhirnya, rakyat AS menyalahkan pembangkang.
“(Sehubungan itu) Pas mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada Bajet 2016 kerana ada elemen di dalam bajet itu yang diperlukan oleh rakyat,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak mahu menghantar mesej membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan serta bonus yang diharapkan mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bajet 2016.
Begitu juga hasrat golongan berpendapatan rendah, katanya, kini boleh menikmati gaji minimum dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan Felda melalui bajet itu.
“Pas tidak bersetuju dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi pada masa sama, Pas dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti,” katanya.
- Utusan Online
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.