Akta 355 bukan hudud


KOTA BHARU  - Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad menegaskan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 tidak ada kaitan dengan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran dibuat oleh pihak tertentu untuk menakutkan masyarakat di negara ini mengenai hukum Islam itu disebabkan mereka mahu meraih keuntungan peribadi.

"Tidak bangkit soal hudud, itu tafsiran mereka yang takut kepada hudud, seolah-olah nak pergi ke arah itu pun sudah takut. Mereka ini antihudud, benda yang tidak sampai peringkat itu pun mereka kata hudud.

"Orang bukan Islam tidak perlu bimbang, ) bukan untuk dia, patut mereka sokong dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Artikel 11 Perlembagaan menyatakan setiap orang bebas mengamal dan menganut.

"Rang undang-undang ini untuk seluruh negara bukan sahaja untuk Kelantan dan kertas ini pastinya daripada Peguam Negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan rang undang-undang persendirian iaitu pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun pembentangan tersebut dibantah keras oleh DAP yang memberi pandangan bahawa tidak boleh wujud dua sistem berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, rang undang-undang tersebut hanya memperkasakan hukum takzir dan sama sekali tidak melibatkan hudud.

Katanya, perkara ini menjadi polemik berpanjangan disebabkan tindakan parti politik tertentu yang mempunyai kepentingan politik. 

- UTUSAN ONLINE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget