Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen sebenarnya langsung
tidak mengetahui apa sebenarnya yang hendak dicapai oleh Ketua Menteri Tan Sri
Datuk Amar Haji Adenan Satem menerusi siri rundingan beliau dengan Petronas.
Ketua
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata andaian serta
kritikan Chong terhadap pengumuman Ketua Menteri baru-baru ini mengenai
cadangan mendapatkan 10 peratus ekuiti dari MLNG 4 adalah begitu remeh dan
menjengkilkan.
"Rundingan
dengan Petronas masih di peringkat awal dan yang melibatkan pelbagai perkiraan,
kemungkinan dan peluang dalam industri minyak dan gas yang besar," kata
Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop sambil menambah ianya
tidak semata-mata mengenai royalti minyak dan gas sahaja.
Abdullah
dihubungi Sarawakiana diminta mengulas kenyataan Chong yang menganggap Adenan
telah "mengelirukan rakyat Sarawak dengan mengaitkan pegangan 10 peratus
equiti (share) dalam pelbagai projek gas dan yang terbaru; MLNG 4, dengan
tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus."
"Ketua
Menteri telah berunding dengan Petronas dengan semangat yang jitu untuk
menerokai pelbagai aspek dan peluang perniagaan dengan tujuan utama, untuk
mendapatkan dana yang banyak untuk kerajaan negeri."
Antaranya,
Abdullah berkata, Ketua Menteri telah memohon pertimbangan daripada Petronas
agar di beri lebih banyak peluang penyertaan bagi syarikat-syarikat Sarawak
yang berkecimpung dalam industri minyak dan gas.
"Ketua
Menteri juga mahu Petronas mempertingkatkan sumbangan mereka menerusi Program
Tanggungjawab Sosial Korperat (CSR), Latihan Teknikal, memperbanyakkan lagi
slot untuk pelajar Sarawak di Universiti Petronas serta biasiswa."
Memetik
kenyataan Ketua Menteri, Abdullah berkata, "Adenan tidak mahu rakyat
Sarawak hanya sekadar menjadi penonton kepada apa jua aktiviti-aktiviti
Petronas di negeri ini."
"Sebahagian
daripada pelan transformasi Ketua Menteri adalah semangat dan keinginan beliau
untuk menutup jurang pembangunan antara Luar Bandar dan Bandar yang
melibatkan dana pembangunan yang banyak," katanya lagi.
"Kenyataan
Chong sebenarnya bertentangan dengan kenyataan asal beliau yang mahu kerajaan
meminta dana lebih dari Petronas tetapi kini, beliau seolah langsung tidak
menyokong segala usaha yang digembelingkan oleh Ketua Menteri."
"Ringkasnya,
sikap "resah-gelisah" Chong untuk memperkecilkan serta menjejaskan
proses rundingan Ketua Menteri dengan Petronas, pada dasarnya Chong tidak mahu
melihat Barisan Nasional (BN) Sarawak berjaya memperkasakan ekonomi negeri ini
yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan luar bandar dan ini jelas
bertentangan dengan kempen "tiruan" "Go Rural' DAP
Sarawak," kata Abdullah dengan sinis. - Sarawakiana
Post a Comment