SRI AMAN: Sebanyak 57 buah motosikal berkuasa tinggi, motosikal cup dan kereta menyertai Program Merdeka Ride 2014 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Belia Bahagian Sri Aman (JPBSA) sempena sambutan Hari Merdeka ke-57 semalam.
Konvoi bermula jam 8.30 pagi dari Taman Panorama Benak ke Pekan Lachau diketuai Timbalan Residen Bahagian Sri Aman selaku Pengerusi JPBSA, Hamdan Katang.
Setibanya konvoi berkenaan di Pekan Lachau sekitar jam 10 pagi disambut kira-kira 300 penduduk serta ketua-ketua masyarakat iaitu Penghulu Lee Thong Sen, Penghulu Entika Senan dan Kapitan Bong Teck Choi.
Pada masa sama, Hamdan dan rombongan turut mengagihkan bendera kepada sebanyak 40 buah kedai runcit serta 200 helai bendera kecil Jalur Gemilang kepada penduduk di Pekan Lachau.
Hamdan ketika ditemui berkata, program itu bagi meraikan Hari Kemerdekaan Ke-57 di samping menyemai semangat patriotik kalangan masyarakat setempat.
Menurutnya, adalah menjadi harapan agar program seumpama itu mampu menyemai semangat patriotik kalangan generasi.
Turut serta Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Zaidi Sarkawi.-BP
Post a Comment