TV Nusantara Bakal Jadi Kenyataan

Saluran TV Nusantara, hasil kerjasama beberapa negara di nusantara bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata saluran itu nanti bukan saja akan memaparkan berita tetapi juga perkongsian budaya melalui rancangan berbentuk drama, filem dan hiburan.

"Ada dua tiga perkara yang masih rumit misalnya bahasa, mungkin kita berkongsi bahan tapi bahasanya mungkin versi bahasa Malaysia, versi bahasa Indonesia. Dua tiga pilihan yang sedang kita usahakan," katanya.

Beliau berkata setakat ini persetujuan umum telah dikemukakan dalam kalangan penggiat media termasuk persatuan wartawan di Malaysia dan persatuan wartawan di Indonesia.

"Isu soal iklan dan sebagainya perlu kita lihat...siapa yang untung. Kita boleh mulakan pengiklanan atas perkara-perkara yang tidak sensitif dan tidak untung, misalnya tempat berkunjung, pelancongan," ujarnya lagi. -Media Hiburan
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget