Tindakan Desak Polis Bebaskan Orang Kena Tangkap Menyalahi Undang-Undang

SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) -- Tindakan sesetengah pihak mendesak polis membebaskan Orang Kena Tahan (OKT) adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar.

Sehubungan itu, beliau menasihati individu tidak menyertai perhimpunan di beberapa balai polis di Selangor bagi mendesak pembebasan 25 individu yang ditahan reman berhubung demonstrasi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Kompleks Kastam, Kelana Jaya pada 23 Mac.

"Tindakan mereka yang berhimpun di hadapan balai polis juga mengganggu kelancaran keluar masuk anggota polis dan orang ramai, terutama sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan kehadiran polis dengan segera.

"Tidak perlu ke sini memasang lilin dan sebagainya, lantik peguam dan gunakan saluran undang-undang yang ada kerana pihak polis hanya menjalankan tugas berdasarkan undang-undang sedia ada," kata Abd Rahim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Polis ke-208 peringkat negeri Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, Rabu.

Pada petang Selasa, 80 orang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor mendesak polis membebaskan 25 rakan mereka yang dikenakan tahanan reman berhubung demonstrasi itu.

--BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget