Kes saman RM50 juta Saiful-Anwar Ogos nanti

13 MAC: Saiful Bukhari Azlan sekali lagi akan berdepan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi ,Kuala Lumpur berhubung saman RM50 juta terhadap bekas bosnya itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat menetapkan mendengar saman itu pada 10 hingga 14 Ogos serta 17, 18, 21, 24 dan 25 Ogos.

Pada 23 Jun,2013 Saiful saman Anwar mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Ketua Umum PKR itu dan dituduh laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi.

Saiful berkata perbuatan liwat itu adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Anwar perlu membayar ganti rugi kepadanya di atas perbuatan liwat itu dan akibat fitnah yang dilemparkannya berhubung laporan polis itu.

Beliau mendakwa defendan (Anwar) sesungguhnya bertanggungjawab ke atas segala kerosakan dan kehilangan yang dialami plaintif (Mohd Saiful) akibat diliwat oleh defendan.

Juga dakwannya beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun, 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di Kuala Lumpur.

Katanya kandungan laporan polis itu adalah apa yang sebenarnya terjadi dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Saiful berkata beliau bekerja dengan Anwar pada Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk urusan di dalam dan luar negara.

Katanya beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BNBBC
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget