Gabungan Rakyat Saksama alternatif kepada Barisan Nasional


KUCHING: Parti Reformasi Sarawak yang dahulu dikenali sebagai STAR kini digelar REFORM bersama beberapa parti pembangkang dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia merancang untuk menubuh-kan Gabungan Rakyat Saksama (SAKSAMA).

Presiden REFORM, Lina Soo berkata SAKSAMA (Sarawak, Sabah, Malaya) sebagai alternatif kepada gabungan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia lebih daripada 50 tahun.

“Umum sedia maklum bahawa sepanjang tempoh 50 tahun hanya ada satu gabu-ngan iaitu untuk menubuhkan gabungan anda memerlukan sekurang-kurangnya tujuh parti politik dan BN mempunyai lebih daripada 20 parti.

“Jadi, selain BN tiada gabungan lain yang didaftar dengan Pertubuhan Pendaftaran (ROS) dan kini kami merancang untuk mendaftar sebuah gabungan dengan ROS sebagai alternatif kepada BN,” katanya.

Inisiatif untuk menubuhkan Gabungan Rakyat Saksama telah dicadangkan buat pertama kalinya oleh Malaysia United People’s Party (MUPP) dari Sabah.

Gabungan alternatif ini akan berlandaskan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dimana Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) merupakan tiga rakan kongsi sama.

“Buat masa ini perkara ini masih dalam rundingan dan kami merancang mengadakan majlis menandatangani persefahaman antara parti yang terlibat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya.

Dalam pada itu ketika ini, beberapa parti menyatakan hasrat menyertai gabungan ini iaitu REFORM, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, MUPP, Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Perpaduan Rakyat Sarawak (PPRS) dan Parti Alternatif Rakyat (PAP).

Dalam perkembangan ber-kaitan, Lina berkata parti ini yang dulunya dikenali sebagai STAR telah diubah kepada REFORM agar kekal relevan dengan cabaran semasa dan akan datang.

REFORM juga katanya sedang membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang berkemungkinan akan diada-kan pada bila-bila masa.

“Melihat kepada suasana politik negara ketika ini, kami tidak menjangkakan bahawa BN akan menunggu sehingga 2018 untuk mengadakan PRU.

“Ia bukan kejutan buat kita jika PRU diadakan lebih awal kerana apa-apa boleh berlaku ketika ini dan kita sedang membuat persiapan untuk menghadapinya,” kata Lina.

Turut hadir pada sidang media itu semalam, Pengerusi REFORM Johnny Aput, Timbalan Pengerusi Buln Ribos, Penolong Bendahari Patrick Teo dan Naib Pre-siden Mesah Suhaili.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Terlalu byk berpolitik pertama rakyat dah bosan kedua rakyat fokus cari wang utk sara diri ketiga dah tak minat keempat tiada bezanya parti yg sedia ada skrang dan pembangkang semua nya wang kelima rakyat hanya mahu keamanan hidup aman damai dan keenam sudah jemu dgn politik siang makan pagi petang ada baik fokus family dan anak2 supaya generasi baru adalah generasi bebas dadah atau terlibat dgn aktiviti tiada moral. Akhir sekali sememangnya sudah bosan dgn politik.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget