Penurunan Tarif Elektrik Di Sarawak Berkuatkuasa 1 Januari Tahun Hadapan

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem
Pengguna elektrik di Sarawak akan menikmati kadar tarif elektrik yang lebih rendah sehingga 47 peratus dari kadar tarif elektrik semasa setelah semakan kadar tarif elektrik berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem berkata, semakan penurunan tarif tersebut bertujuan bagi membantu masyarakat terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

"Purata kadar tarif elektrik domestik semasa adalah 31.2 sen per kilowat sejam (kWH) yang dijangka dikurangkan kepada 27.8 sen per kWh berbanding 31.7 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan 29.7 sen per kWh di Sabah."

"Melalui langkah itu, hampir 60,000 pelanggan akan menyertai 70,000 orang yang layak dalam subsidi RM20 kerajaan persekutuan," katanya sambil menambah ini bermakna kira-kira 130,000 pelanggan daripada golongan berpendapatan rendah akan menerima bil bulanan kosong.

Adenan berkata demikian dalam satu sidang akhbar setelah selesai Persidangan Hari Kelapan, Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya sebentar tadi.

Terdahulu, beliau ketika mengumumkan berita baik tersebut ketika menggulung Belanjawan 2015 berkata, secara keseluruhannya, seramai 240,000 pelanggan Sarawak Energy Berhad (SEB)atau hampir 50 peratus keseluruhan pelanggannya (bil elektrik kurang RM70) akan mendapat manfaat di antara 20 peratus dan ada yang melebihi 40 peratus.

"Penstrukturan tarif itu sejajar dengan prinsip tarif moden yang mana peningkatan tarif bersamaan penggunaan elektrik," katanya lagi sambil menambah purata tarif elekrik di Sarawak bagi domestik, komersial dan pengguna industri merupakan terendah di Malaysia.

Adenan menjelaskan, terdapat dua faktor utama yang membenarkan kerajaan negeri untuk memberikan penurunan tarif kepada pengguna domestik.

"Pertama, penstrukturan tarif adalah hasil daripada kos tenaga baharu yang rendah dari Murum akan mengurangkan purata kos pembekalan SEB, maka mewujudkan kapasiti kewangan."

"Kedua, nilai tenaga yang hilang daripada pencuri tenaga di negeri ini juga telah dikurangkan sehingga separuh sejak 2010," ujarnya lagi. - Sarawakiana
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget