Hujan Monsun | Angka Korban Cecah 300

Foto Sinar Harian
LAHORE - PAKISTAN. Angka korban hujan monsun mencecah lebih 355 orang (sehingga jam 10 malam waktu Malaysia) selepas hujan monsun berterusan melanda sejak minggu lalu di Pakistan dan India.

Di India, sekurang-kurangnya 450 kampung ditenggelami banjir dan berlaku tanah runtuh di Kashmir hingga membunuh 175 penduduk.

Menurut Al Jazeera, keadaan sama turut berlaku di Pakistan apabila lebih 160 orang maut manakala ribuan penduduk hilang tempat tinggal.

Jurucakap pengurusan bencana Pakistan, Ahmed Kamal memberitahu, sebanyak 286 kampung di Punjab ditenggelami banjir dengan ribuan rumah dihanyutkan arus deras.

Sementara itu, Perdana Menteri India Narendra Modi yang meninjau kawasan banjir mengarahkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dan operasi menyelamat sepanjang tempoh 24 jam. -Sinar Harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget