Lelaki mengaku ‘Nabi Isa’ ditahan


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengaku dirinya ‘Nabi Isa’ ditahan polis di Jalan Tun Razak di sini semalam, selepas mengugut untuk membunuh beberapa pembesar negara.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif kepada Bernama.


Beliau berkata suspek berusia 40-an itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan.

“Selepas Jawi menjalankan siasatan mereka, polis akan menyiasat pula suspek mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.- FMT
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget